PENDAFTARAN DIBUKA

Jom daftar sekarang

Kemasukan tahun 2016.

Bagi mana-mana ibu-bapa yang ingin mendaftar kemasukan anak untuk tahun 2016, bolehlah mendaftar sekarang. Sila klik pada button Daftar sekarang dibawah.

Daftar Sekarang
Feature Cause

Feed the Poor

To Help Them Survive

Medecins du Monde Jane Addams reduce child mortality challenges Ford Foundation. Diversification shifting landscape advocate pathway to a better life rights international. Assessmen

Baca Selanjutnya
Feature Cause

Save Humanity

To Help Them Survive

Medecins du Monde Jane Addams reduce child mortality challenges Ford Foundation. Diversification shifting landscape advocate pathway to a better life rights international. Assessmen

Baca Selanjutnya
Keselesaan

Ruang pembelajaran

Lebih luas dan selesa

Ruangan pembelajaran anak-anak anda yang lebih luas dan selesa semasa seisi pembelajaran.

Baca Selanjutnya

Keutamaan kami adalah membentuk akhlak anak-anak anda, MISI KAMI

  • Membentuk Peribadi Terpuji Anak-anak

  • Mendidik secara ilmiah Ilmu Dunia dan Akhirat

  • Menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak

  • Menyediakan perkhidmatan asuhan yang berkualiti

  • Membantu di dalam perkembangan sahsiah yang positif

Artikel terbaru dari blog kami

Tuesday, 22 December 2015

Penyakit lazim sering dihadapi kanak-kanak

Penyakit lazim sering dihadapi kanak-kanak

Cabaran getir menjaga anak kecil ialah apabila mereka jatuh sakit, memandangkan pada tahap usia baru lahir hingga kanak-kanak, sistem ketahanan badan masih belum berkembang sepenuhnya.

Antara penyakit yang lazim dihidapi oleh setiap anak kecil ialah demam panas, batuk, selesema, asma dan sebagainya.

Berada dalam situasi tersebut pasti akan merisaukan apatah lagi apabila anak tidak berhenti merengek dan menangis disebabkan suhu badan meningkat.

Perunding dan Pakar Kardiologi Kanak-Kanak, Datuk Dr. Zulkifli Ismail berkata, sebagai ibu bapa, mereka harus mengetahui sekurang-kurangnya fakta asas tentang penyakit yang lazim dihidapi kanak-kanak.

Sebagai contoh katanya, suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah daripada 36.5 darjah celcius sehingga 37.8 darjah celcius. Suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam.

Beliau berkata, secara umumnya bayi tidak dianggap demam kecuali apabila suhu badannya melebihi 37.7 darjah celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah celcius pada waktu petang.

"Jika suhu badan anak meningkat ibu bapa juga perlu tahu langkah-langkah awal yang boleh diambil di rumah sebelum membawanya berjumpa doktor.

"Antaranya, beri anak minum banyak air, tanggalkan pakaian dan tuamkan badannya.

"Berikan anak ubat demam jenis paracetamol , diclofenac atau ibuprofen untuk ubat makan, manakala bagi ubat demam melalui dubur adalah daripada jenis paracetamol dan diclofenac . EIak memberi anak makan ubat jenis aspirin," jelas Dr. Zulkifli.

Tambah beliau lagi, bayi berusia bawah enam bulan yang demam lebih daripada dua hari, mengalami kekejangan, lesu dan muntah-muntah hendaklah dibawa berjumpa doktor dengan segera.

Rawatan awal boleh mengelak daripada keadaan bayi menjadi lebih teruk sehingga mungkin boleh membawa maut.

Sementara itu katanya, demam kadang kala akan disertai dengan selesema dengan simptom-simptom seperti bersin, mata berair, batuk dan keletihan.

Asma pula sering dijangkiti oleh kanak-kanak berusia dua hingga tujuh tahun yang mengalami batuk (termengah-mengah) pada waktu malam.

"Jika keadaan ini berlaku disaran segera berjumpa doktor dan mendapat inhalers yang bersesuaian.

"Rumah yang ada anak mengalami asma tidak sesuai membela binatang peliharaan dan elak daripada menggunakan permaidani kerana ia mengumpul habuk .

"Diingatkan juga untuk menjemur tilam dan bantal di bawah matahari sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menghindari habuk, serta cadar ditukar setiap minggu," jelasnya.

Menurut Zulkifli, kanak-kanak juga sering mengalami masalah cirit-birit yang mana mereka akan kerap membuang air besar dan muntah.

Bagi rawatan awal, ibu bapa boleh memberikan air yang mengandungi garam untuk penghidratan (satu paket ke dalam 250ml air).

Jelasnya, jika cirit birit berterusan disebabkan pemberian susu formula yang tidak sesuai, tukar kepada susu ibu atau susu tanpa laktosa.

"Elak memberi ubat terutama antibiotik yang akan membuatkan cirit birit semakin teruk.

"Kebersihan menjadi perkara penting dalam kes ini. Bersihkan tangan, jangan biarkan susu terlalu lama di dalam botol dan rebus air untuk menghapuskan bakteria, serta hidang makanan dengan cara bersih," kata Dr. Zulkifli.

Selain itu beliau menjelaskan, setiap kanak-kanak yang baru lahir harus melalui program imunisasi secukupnya seperti yang disaran oleh pihak berkuasa perubatan di negara ini.

Ini bagi mencegah dan melindungi anak-anak daripada penyakit.

Antara vaksin yang perlu diambil oleh setiap bayi yang dilahirkan ialah vaksin demam campak yang diambil sebanyak dua dos, manakala vaksin rotavirus pula diberikan kepada anak sebelum usianya menjangkau enam tahun

Vaksin hepatitis A pula diberikan pada anak yang menjangkau usia dua tahun. Vaksin-vaksin lain yang perlu diberi perhatian seperti, pneumoccal conjugate, meningococcal conjugate dan influenza.

Menurut Dr. Zulkifli, gejala pneumokokal telah menyebabkan kematian 1.6 juta kanak-kanak seluruh dunia setiap tahun walaupun penyakit itu boleh dicegah melalui vaksinasi.

"Sebab itu golongan paling berisiko menghidap pneumokokal ini ialah bayi baru lahir hingga usia dua tahun dan dewasa berusia 65 tahun ke atas yang disebabkan antibodi yang lemah," jelasnya.

Pneumokokal sebenarnya adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh bakteria streptococcus pneumonia yang menyebabkan jangkitan kuman dalam darah, meningitis atau jangkitan pada membran selaput otak serta saraf tunjang dan sebagainya. - sumber Utusan.

5 Kaedah Berkesan Dalam Mendidik Anak Kecil Anda Bersolat

Anak-anak, perlulah kita mendidik mereka sejak dari kecil lagi, bahkan sesetengah orang mula mendidik anak sejak dari dalam kandungan lagi.

Tanggungjawab ini memang sesuatu yang sangat besar bagi kita ibu bapa apabila mempunyai anak, terutamanya apabila berkaitan dengan soal ibadat seperti solat.

BAGAIMANA KITA BOLEH MENDIDIK ANAK KECIL SOLAT?

Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda:
Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila umur mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka
Memang menjadi cabaran buat kita untuk mendidik anak kecil solat pada waktu sekarang kerana banyak godaan lain yang lebih menarik perhatian mereka seperti Televisyen dan Ipad.

Tapi kita sebagai ibubapa tidak boleh berputus asa dalam memastikan anak kita untuk mula solat sejak dari kecil. Anak-anak kecil hati mereka masih lembut lagi dan masih senang untuk membentuk mereka menjadi muslim yang taat.

Namun kaedah mendidik anak kecil solat ini haruslah mempunyai perancangan dan dilaksanakan secara berperingkat. Apakah kaedah tersebut?

1. Ibu Bapa Menjadi 'Role Model' mereka


5 Kaedah Berkesan Dalam Mendidik Anak Kecil Anda Bersolat


Ibu bapa adalah insan terdekat dengan anak sejak dilahirkan. Oleh itu ibu bapalah sebagai model terbaik kepada anak-anak untuk memulakan sesuatu perkara. Ibu bapa yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak agar rajin bersolat.  Sebaliknya ibu bapa yang liat atau tidak solat maka anak-anak berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah yang sama.

Lakukanlah di tempat terbuka yang anak mereka dapat menyaksikan perbuatan kedua-dua ibu bapanya. Jika sejak kecil mereka melihat ibu bapa mereka sentiasa melakukan solat, Insya-Allah jiwa anak kecil ini akan mudah tertarik dan menuju ke arah melakukan ketaatan bersolat yang menjadi tiang agama.

Jika anak-anak bermain-main semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun.

Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.

Jangan sesekali berkata kepada anak : “Pergi main jauh-jauh,  ayah nak solat.” Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.

2. Lakukan solat secara berjemaah


Ikhtiarkan supaya dapat bersolat secara berjemaah bersama-sama sekurang-kurangnya satu waktu sehari. Boleh juga membawa anak-anak  ke surau atau masjid bermula dari mereka masih kecil supaya mereka terbiasa dengan suasana beribadah. Pupuk rasa cintakan pada masjid dan majlis-majlis ilmu disana.

Jika berjemaah dirumah, selepas solat, zikir dan doa, ambillah masa lima minit untuk berikan tazkirah pendek pada anak-anak tentang agamanya. Ingatkan mereka tentang kewajipan solat dan ancaman dosa. Nyatakan harapan anda supaya mereka menjaga solat,  secara lemah lembut dan berhikmah.

3. Belikan Telekung kanak-kanak atau kopiah yang selesa dan sesuai


Sediakan telekung kanak-kanak yang cantik untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya “Wah! Cantiknya adik pakai telekung untuk solat.”

Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung atau songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat.


4. Menghargai dan memberi pujian selepas mereka solat



Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mengikut kita solat bersama-sama. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun.

Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : “Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!”

5. Paling Penting, ISTIQAMAH!


Inilah perkara yang paling penting dalam mendidik anak kecil supaya mula bersolat, iaitu ibu bapa itu sendiri perlu ISTIQAMAH. Kadang-kadang kita berasa penat untuk mengajak anak supaya bersiap dan solat bersama-sama, terutamanya anak kecil yang nakal dan sukar dikawal.

Jangan mudah mengalah! Diam sebentar, tarik nafas dan tekalkan hati untuk kembali mengajak anak bersolat. Anggap sahaja ini satu jihad untuk agama. InsyaaAllah, usaha kita tidak akan sia-sia.

Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat. Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat. Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!

Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!

Akhir sekali:

Amalkan doa dari ayat 40 Surah Ibrahim yang bermaksud ;

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian jugalah zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak. - Artikel dari tudungsicomel.com

6 Tips Supaya Anak Anda Makan Sarapan Pagi

Saya pasti ibu bapa sedar tentang kepentingan mengambil sarapan pagi terutamanya kepada anak-anak sebelum mereka ke sekolah. Tetapi apa yang menjadi masalah adalah kesibukan dan masa yang amat terbatas yang di alami oleh ibu bapa untuk menyiapakan sarapan anak-anak ke sekolah. Dengan kesibukan ibu bapa untuk mengejar masa “punch card” supaya tidak dicatat warna merah menyebabkan masa untuk menyediakan sarapan pagi tergadai. Seperti semua orang terlalu sibuk untuk duduk sekejap menikmati sarapan yang berkhasiat.

6 Tips Supaya Anak Anda Makan Sarapan Pagi


Di sini ini saya cuba petik berkenaan kajian yang melibatkan 5,000 pelajar yang berusia  9 hingga 11 tahun meliputi 100 buah sekolah rendah di South Wales, UK yang dikendalikan oleh Cardiff university. Para penyelidik mendapati daripada skor penilaian guru, pelajar yang mengambil sarapan pagi lebih mendapat keputusan yang lebih dua kali ganda berbanding pelajar yang tidak makan sarapan pagi. Para penyelidik juga mendapati pelajar yang memakan makanan yang berkhasiat mendapat nilai skor pencapaian akademik yang lebih bagus.

Saintis sosial mengatakan satu penyelidikan yang disiarkan dalam jurnal pemakanan kesihatan awam, menunjukkan bukti kuat berdasarkan amalan pemakanan yang berkhasiat dengan pecapaian akademik yang bagus di kalangan kanak-kanak.

Ramai penyelidik mengatakan bahawa pengambilan sarapan pagi secara konsisten adalah berkait rapat dengan kesihatan umum dan hubungkait adalah sudah nyata dan jelas.

Terdapat dua cara untuk anak-anak mendapatkan sarapan pagi yang berkhasiat. Sama ada di rumah atau di sekolah yang menyediakan sarapan pagi. Bagi kebanyakan sekolah rendah di Negara Malaysia terdapat program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan kepada kanak-kanak yang terpilih.

Bagi kanak-kanak ynag memakan sarapan pagi di rumah sebelum ke sekolah. Di sini terdapat tips-tips yang disarankan oleh pakar nutrisi. Bukan sahaja untuk kebaikan anak-anak malah kepada seluruh keluarga anda.

  • Cuba untuk TIDAK menggalakkan anak-anak memakan pada snek lewat malam kerana boleh mengurangkan selera makan anak-anak untuk sarapan pagi.
  • Cuba mendapatkan segala-galanya siap malam sebelum. Ini bermakna mempunyai jadual ditetapkan dan mempunyai makanan yang sedia untuk menyediakan atau sedia untuk dimakan. 
  • Jika keluarga anda tidak telah makan sarapan pagi, anda mungkin mahu untuk memulakan dengan suatu versi lebih kecil yang mudah disediakan, menarik dan berkhasiat dan mengubahnya secara beransur-ansur. 
  • Menetap penggera masa anda untuk tambahan 10 hingga 15 minit lebih awal supaya anda mempunyai banyak masa untuk menyediakan dan makan sarapan pagi. 
  • Apabila melihat bahawa semua orang berpakaian dan bersedia untuk sekolah sebelum anda duduk untuk sarapan pagi. Sebaiknya anda mengambil sedikit masa menerangkan kebaikan tentang sarapan pagi secara ringkas sebelum anda berjalan keluar pintu supaya semua orang bersedia untuk memulakan hari mereka secara positif. 
  • Akhirnya, menjadi teladan yang baik. Kanak-kanak sering mengikut atau meniru tingkah laku ibu bapa mereka.

Pusat jagaan kanak-kanak (nurseri) taska

Apa itu pusat jagaan kanak-kanak atau pusat jagaan harian?

Banyak pusat jagaan kanak-kanak di Malaysia juga merupakan tadika atau taska dan menerima kanak-kanak daripada dua tahun (atau lebih muda lagi) hingga enam tahun. Pusat jagaan kanak-kanak (juga dikenali sebagai pusat jagaan harian atau nurseri) adalah tempat di mana kanak-kanak dijaga dalam persekitaran yang selamat dan merangsangkan. Jumlah kanak-kanak dalam setiap pusat jagaan adalah berbeza, bergantung kepada jumlah pekerja yang berkelayakan dan ruang yang diperlukan untuk menjaga kanak-kanak dalam keadaan selesa.

Terdapat beberapa jenis pusat jagaan yang berbeza:

  • pusat jagaan harian di tempat kerja (disediakan oleh syarikat-syarikat besar atau antarabangsa);
  • pusat jagaan kelolaan kerajaan atau badan amal;
  • pusat jagaan swasta yang biasanya turut menempatkan taska atau tadika.

Standard penjagaan juga berbeza dan terpulang kepada anda sendiri untuk membuat kajian mengenai faktor-faktor penting seperti kelayakan pekerja, nisbah penjaga-anak, keselamatan makanan dan kebersihan. Baca lebih lanjut mengenai ciri-ciri pusat jagaan yang bagus.

Apakah waktu operasi pusat  jagaan kanak-kanak?

Kebanyakan pusat jagaan memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja sepenuh masa, dan mereka biasanya dibuka dari jam 8 pagi (atau lebih awal) hingga 6 petang. Sesetengahnya juga dibuka lebih lama daripada itu. Kebanyakan pusat ditutup untuk beberapa waktu dalam setahun. Contohnya, mereka mungkin tutup selama beberapa minggu sewaktu cuti sekolah, Hari Raya atau Tahun Baru Cina. Ini bermakna anda perlu mengambil cuti juga, atau mencari seseorang untuk menjaga anak anda ketika itu.

Berapakah kos untuk menghantar anak ke pusat jagaan?

Kosnya bergantung kepada di mana anda tinggal. Sesetengah majikan mungkin menanggung sebahagian daripada kos (bergantung kepada kontrak anda atau polisi syarikat). Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, anda mungkin perlu membayar dua kali ganda, walaupun sesetengah pusat jagaan mungkin menawarkan diskaun bagi anak kedua atau seterusnya.

Apakah yang anak saya lakukan di pusat jagaan?

Pusat jagaan adalah tempat di mana anak-anak kecil boleh bermain, belajar, makan dan berehat. Mereka seharusnya berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti melukis, mendengar cerita, bermain muzik, menyanyi dan bermain, dan mereka boleh memilih aktiviti apa yang ingin dilakukan.

Mereka juga boleh bermain dengan kanak-kanak lain, dan biasanya ada kawasan di luar untuk mereka membuat aktiviti. Mungkin terdapat bilik berasingan bagi kumpulan umur yang berbeza supaya bayi tidak akan diganggu oleh abang-abang dan kakak-kakak yang lebih besar. Nisbah kanak-kanak dan penjaga juga berbeza berdasarkan umur kanak-kanak.

Pusat jagaan juga biasanya mempunyai rutin tertentu bagi kanak-kanak (tidak bagi bayi) dan mereka digalakkan untuk menuruti rutin ini. Contohnya, kebanyakan pusat menggalakkan kanak-kanak tidur sebentar selepas makan tengahari. Walau bagaimanapun, pusat jagaan yang bagus akan cuba memahami rutin seseorang anak itu sebelum ini dan cuba untuk memudahkan proses peralihan.

Apakah yang boleh ditawarkan oleh pusat jagaan kepada bayi?

Tidak semua pusat menerima bayi yang terlalu muda. Contohnya, pusat jagaan harian yang turut mempunyai tadika mungkin tidak menerima kanak-kanak yang lebih muda daripada 18 bulan, atau mungkin hanya menerima kanak-kanak yang sudah berjalan atau yang sudah dilatih ke tandas.

Dengan menyemak beberapa pusat jagaan yang berlainan, anda boleh mendapat idea pusat mana yang anda rasa sesuai bagi anak anda. - sumber babycenter